Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

criminales violo niños ajenos noches rivero chanona: Av. Ejército Nacional, Esq. Anillo periférico S/N.Col. Irrigación, Delegación Miguel Hidalgo, C.P. 11500.Teléfonos: (5) 6-26-59-03 y (5) 6-26-59-05
http://tramilnet.sedena.gob.mx/portal/quejas/quejas.php: http://tramilnet.sedena.gob.mx/portal/quejas/quejas.php
PELUANG INCOME: RAHSIA TEKNIK HEBAT MEMBUAT DUIT MENGGUNAKAN E-BAY MALAYSIA DIBONGKAR!!!!HOTT!!!
Paris Hilton picture video: HI!nice journal.
pamela anderson nude: Great work.Well done!
nursing scrubs: Hi I really enjoyed reading your blog
kate winslet : dynamic journal.keep it up
patio furniture: I greatly appreciate your journal.It is really nice.
2007 prom dress: hey!Great work!
cheap auto insurance quote: Amazing journal.I am greeeeeeeeatly impreeeeeesed.
britney spears picture: WOW! its a great journal.
Atkins diet : Your journal is astounding.Well keep it up.
jessica alba : HI! NICE JOURNAL.
Ashriee:: Kak Leha, lama tak dengar berita.
roslimh: 2 bulan..Kak...update kami rindukan nukilan hebat Kak Liha....
rizal: update kak
san: hai,terima kasih kerana membawa saya ke sini. : )
Zul Pendang: A'kum Apa khabar? Tentu masih ingat cerita Gajah ngan Rimau SPD Mat Zain tu kann - so begitulah hendaknya kita hingga ke PUNCAK KEJAYAAN.
Hana: Assalamualikum Kak Zaliha, Haan dapat merasakan sesuatu yg tidak dpt hana "ungkapkan..Begitu tertarik hana membaca coretan akak ni..Harapan hana pada akak dn juga pada semua..TERUSKAN PERJUANGAN MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SN/SST..InsyaALLAH sama-sama kita menerajuinya
Zaliha: Terima kasih, PD Yazid. Alhamdulillah, Allah mengizinkan..
yazid: Alhamdulillah kak za.. hubby kak za dapat kebaikan dari susu igg plus ini..sumber imunisasi kurnian Ilahi..
Halim: http://myhalim.wordpress.com/video-testimonial
Halim: Salam niaga to Kak Zaliha...Tahniah diucapkan atas journal kak Ha..feel free to discover video testimonial at my blog.Jumpa kak Ha dipuncak kejayaan!
Zaliha: Terima kasih, PD Yazid. InsyaAllah akak akan ikut jejak kawan-kawan yang sedang mencipta kejayaan, termasuk Yazid. Terima kasih..
yazid: Assalammualaikum kak Za.. Tahniah kerana bersama SST.. coretan yg menarik... See u on top
Zaliha: Thanks, Mr Roslimh for the inspiring comment. Yes, let's try to keep the amber going.
roslimh: Assalamualaikum,What a wonderful thought and reminder to KEEP THE FIRE BURNING...bravo and I knew that you have a talent and charisma to be a strong LEADER....Keep it up and as you said Keep the fire BURNING by keeping the AMBER goin' THERE you are A GREAT LEADER in the making and have the fighting spirit like Joan of Arc for the french and YOU be the one for SST Team to fight till the end. Great...great....insyaAllah dengan semangat ini saya percaya Akak pasti BERJAYA....Fiuhhhh Memang HEBAT! w
Zaliha: Terima kasih, PD Fauzan. berkat semangat dan peransang dari kawan-kawan yang tak pernah padam selama inilah yang melahirkan blog ini... Terima kasih jua...
Fauzan: TAHNIAH...dah ada blog sendiri utk kongsikan pengalaman dgn rakan bisnes yg lain
Maqs: Thanks, Mr Sysalq. I really appreciate your comment which is very motivating. I'll keep on writing...
sysalq: Selamat Maju Jaya...dan saya dapati anda adalah seorang marketeer yang hebat dengan kebolehan prosa yang tinggi. Saya berkongsi kejayaan anda!
Zaliha: Terima kasih, En Zul. InsyaAllah dengan semangat yang sentiasa diperolehi daripada kawan2 semua... perjuangan ke puncak kejayaan akan diteruskan..
Zul: Taniah Pn Zaliha, atas lahir nya blog ini. Moga blog ini terus di hidupkan, dan warga SST serta orang ramai dapat manfaatnya.
jr: good site

Please type in the four characters shown in the black box.

Friday, September 1st 2006

5:18 PM

MENYINGKAP RAMADHAN...

 

 Hi, All

Assalamualaikum...   

Berjumpa kita lagi untuk edisi kali ini, 2 September 2006.  Semoga kita semua semakin ceria meniti hidup sementara menunggu Ramadhan al-mubarak menjelma dan tirai Syawal yang bening disingkap... Dan perjalanan diteruskan....

Syahdu rasanya bila menyingkap saat-saat di Ramadhan dan Syawal yang lalu ... anak-anak yang masih kecil turut bergelut mencari kasih Ilahi dalam menyempurnakan ibadah puasa...... dan kegembiran terpancar di wajah masing-masing di pagi Syawal apabila mengenakan pakaian hari raya, bersalaman dengan ayah bonda dan berkejar ke masjid ... Comel sekali kelihatan sikecil dan bergaya sungguh siabang dan kakak yang sudah besar... Apatah lagi anak-anak muda... dan pasangan-pasangan dewasa yang mengenakan pakaian sedondon... "Indah sungguh di hari raya..."

Ramadhan dan Syawal, insyAllah akan datang lagi... tetapi berapa Ramadhan dan Syawal lagikah yang akan kita lewati?  Bagaimana dengan tahap kesihatan kita menjelang Ramadhan dan Syawal kali ini?  Sama-samalah kita berusaha untuk terusssss sihat.... (kempen ni...)

   

 Jumpa lagi...

 

 

58 Comment(s) / Post Comment

Thursday, August 31st 2006

3:36 AM

MAKLUMAT PENJAGAAN KESIHATAN; PENEMUAN TESTIMONIAL TERKINI IgG-Plus

  • Mood: Ceria
  • Kesihatan: Memuaskan

DENGAN IZIN ALLAH LIHATLAH KESAN TERBARU IgG-Plus!!!

JIKA ANDA BELUM MENCUBA, JANGAN BERTANGGUH LAGI KERANA IgG-Plus MEMANG AJAIB...

Hi, All...

Assalamualaikum   

Salam MERDEKA! daripada saya untuk coretan kali ini.  Jam menunjukkan pukul 6:45 petang.  Hari ini Hari Jadi Bumi Malaysia tercinta yang ke 49.  "Keranamu Malaysia" - tema yang terus kita pakai untuk sambutan kemerdekaan  Negara kali ini. 

Adakah anda benar-benar merasai kemerdekaan peribadi selama ini?  Pernahkah anda bertanya apakah bentuk kemerdekaan peribadi yang benar-benar bermakna bagi diri anda? Kalau jawapannya masih anda curiga, sekarang, tepuk dada tanyalah minda! 

Bagaimana dengan tahap KESIHATAN anda setakat ini?  Pernahkah anda lalui sangat-sangat getir lagi mencemaskan apabila diri atau ahli keluarga anda jatuh sakit? Merdekakah perasaan anda di masa itu? MERDEKAKAH JIWA DAN PERIBADI ANDA JIKA SEKARANG ANDA ATAU MANA-MANA AHLI KELUARGA ANDA MENGHIDAPI PENYAKIT?

Bacalah perjalanan kehidupan keluarga saya bersama IgG-Plus SUSU AJAIB LAGI MENAKJUBKAN sekali lagi...

SUSU IgG-Plus MEMBANTU MENYINGKIRKAN BENDASING DI DALAM BADAN: 

2 Februari 2006, Hubby menjalani satu pembedahan membuang hempedu kerana penyakit karang kronik yang dikesan pada Disember 2005.  Siapa yang menghidapi penyakit ini sememangnya maklum darjah kesakitan yang ditanggung.   Seorang pakar terkenal di Hospital Alor Star yang merawat Hubby berjaya menngeluarkan  PUNDI HEMPEDU yang berisi padat dengan butiran-butiran hitam lembut bersaiz biji kopi yang ditumbuk kasar hasil mendapan kolestrol dan toksin lain dalam badan Hubby.  Kata doktor, berlaku sedikit "spillage" semasa pundi hempedu tersebut ditarik keluar, maklumlah proses pembedahan secara laser atau scope itu tidak memerlukan torehan yang besar.  Dan kata doktor semuanya selamat dikeluarkan.  Hubby "sembuh penuh" dalam masa dua bulan...

Pertengahan Julai 2006 saya memberi Hubby NACO IgG-Plus selepas mengenali SUSU AJAIB ini.  Selepas sebulan mengambil IgG-Plus, Hubby mengadu terasa sakit di bekas luka pembedahan dulu.  Saya merasa hairan, sepatutnya Hubby menjadi semakin sihat kerana tahap antibodi badan yang bertambah kerana pengambilan IgG-Plus, tetapi Hubby mengadu sakit.  "Tak pa, terus ja minum susu tu," kata saya untuk menenangkan kebimbangan hati Hubby dan selebihnya kerisauan hati sendiri..

Hubby semakin tidak sabar kerana  rasa sakit yang bertambah.  28 Ogos Hubby berjumpa doktor dan diberikan antibiotik penicilin.  IgG-Plus terus diambil Hubby.  Kawasan parut luka Hubby bengkak, semakin merah dan mula mengumpul sedikit nanah...

Saya menjadi hairan kenapa IgG-Plus yang berkolostrum tinggi ini tidak membantu Hubby kali ini sedangkan SUSU AJAIB ini kelihatan bertarung dengan bahan kimia yang terdapat dalam antibiotik yang tersalah ambil oleh Hubby sebelum ini. (sila baca Coretan yang lalu....)

Rupa-rupanya persoalan saya terjawab jua... Hari ini, 31 OGOS 2006 adalah hari MERDEKA bagi kerisauan saya dan Hubby...

Awal pagi tadi saya memeriksa luka Hubby dan saya rasa terperanjat... Terdapat sedikit lelehan nanah di situ dan di bawah kulit bersama nanah kelihatan 4 butiran hitam bersaiz biji kopi yang ditumbuk kasar! Apabila diteliti, rupa-rupanya itu adalah saki-baki 'spillage' karang dari pembedahan dulu yang tidak habis dikeluarkan oleh doktor! Saya takjub dengan apa yang Allah sajikan....

Saya mencuci luka Hubby dan meletakkan antiseptik...  Saya juga membancuh sebungkus IgG-Plus untuk Hubby.  Saya yakin, dengan izin Allah, IgG-Plus yang diamalkan Hubby selama ini telah membantu mengeluarkan saki baki batu karang yang tertinggal dalam badan Hubby hasil pembedahan dulu...  Rupa-rupanya rasa sakit dan bernanah itu adalah satu cara penyingkiran bendasing yang tidak diperlukan badan...  KITA PERLU MERASAI SAKITNYA DAHULU (seperti biasalah) SEBELUM IgG-Plus DAPAT MEMBINA TERITORInya  di dalam badan...

Untuk itu saya merasa amat terpanggil untuk mengajak anda supaya bersabar dalam mengamalkan IgG-Plus dari SMART NACO sekiranya anda sedia mengambilnya tetapi SEKIRANYA BELUM ... JANGAN BERLENGAH UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN SUSU AJAIB INI.... BAGI MEMBANTU MERINGANKAN KOMPLIKASI PELBAGAI PENYAKIT... ATAU UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN BADAN...

Salam Merdeka daripada Saya...

Berjumpa di lain bicara   

Zaliha

maqs89@yahoo.com, www.zaliha.myniaga.net

 

 

 

0 Comment(s) / Post Comment

Friday, August 25th 2006

10:25 AM

THE BEAUTY OF BEING IN SMART SUCCESS TEAM ...

  • Mood: Ceria

 

... WE'RE KEEPING THE FIRE BURNING BY KEEPING THE AMBER GOING ...

Hi, all!
Assalamualaikum...     How are you on this serene Friday morning?  Here we meet again...

The last time I updated this blog of mine was on Sunday, five days ago.  When I visited our friends' blogs, they have theirs updated almost everyday.  Congratulations on being able to make time for it, and Congratulations too, on being able to provide insights to the other members of SST.  The never-ending tips on this MLM biz shared there are very helpful to the others especially to those who are still new and groping in this new challenge of the decade.

"Keep the fire burning!" My upline said to me. 

"... as long as we help one another to keep the amber going," I replied.

This is the beauty of SST.  The members are always there for one another. Together we StriveSurvive and be at the Top!

To the new SST members, don't worry.  Your leaders are guaranteed to be there by your side to walk with you in the time you most need them.  They don't leave you looking for your own walking stick when the road gets bumpy and you can't afford to plod anymore.... But with one condition... that you DON'T GIVE UP and you tell them that you STILL WANT TO GO ON!

MLM is new to me just like is it new to you and many others in the team including our leaders.  The experiences our SST leaders have shared tell us that at one point of time they were also groping and struggling like me and you now..... and they go on striving in order to keep surviving and to be at the top!

WE HAVE TO KEEP THE FIRE BURNING BY KEEPING THE AMBER GOING!

Let me share with you this anecdote of mine:

Career life was very hectic for me the last few days.  I almost lost my focus on the biz, no prospects at hand and not much sale made.  I was a bit down as far as IgG_Plus, SST and SN were concerned.  I thought of starting a fresh week next week when there's the upbeat again in my working community. (School holidays means a rather quiet activity for me)

Yesterday, after wrapping up the week with a very long management meeting held at the office, and after making a call to Tn Syed Sulaiman from JB regarding his SPD application, I drove home. I had to drop by at a relative's house to fetch my son having tuition there.  Soon I
realised, there were two messages in my mobile inbox.  The messages were from my uplines.  One asked, "Akak dah balik kerja?" and the other asked, "Cuti ke?"  The first message came 20 minutes before the second one.

I was puzzled.  Their messages suddenly raised my sense of curiousity.  Were they trying to contact me because something had happened?   I couldn't wait to reach them in return for fear something had gone wrong with anyone I had known.  Who knows....   I pulled over by the roadside and made my calls... To my relief, both were very cheerful and they were chuckling when they spoke to me; a sign that nothing had gone wrong....  Alhamdulillah...

THIS IS THE BEAUTY OF BEING IN SST INDEED!

"Tak ada, tak nampak online pun hari ni, ingatkan cuti," my Sifu said when I reached him. Not going online means no sharing of tips has taken place...

"Tak ada apa... teringatlah kat akak... saya kat Restoran Mama ni.... jumpa downline A Star,"  Che Din said when I called him. 

 "I see. YOU'RE AT RESTORAN MAMA?"  I was very excited, a GREAT LEADER was at my doorstep!  "I'm on my way home.  I'll drop by to say HELLO to all of you," I said.

I discovered not only Che Din had been at the restaurant but also PD Ashree with a few other downlines!  Added value!..... "Time for me to ask things," I thought...

I managed to chat with them for only a few minutes becasue it was almost 7:00 p.m.  After Che Din shared with me about his satisfactory visit to Indonesia - and that satisfaction was shown on his face, I reminded him  about my blog which is not yet linked to my webpage.  Che Din just smiled a meaningful smile - which means "I'm sorry, I'm still very busy at the moment."

Che Din reminded me to have PATIENCE and to KEEP SERVICING in the biz.  "Your downlines will run away if you don't provide your service," he said.

SPD Khairul Aza also stresses on SERVICING once you have your downlines.... and so is the culture of SST.

And in line of their tour of service, they care and they don't only want to strive, succeed and get to the top alone, but they want to do this together with the other members of SST!

SO KEEP THE FIRE BURNING AND KEEP THE AMBER GOING... SMART SUCCESS TEAM members, STRIVE, SURVIVE and be at the TOP!  That's the beauty of it all!

And today, I'll be passing the amber to start a new SST fire in a friend, and next week, more fires coming!

USAHA KITA KEJAYAAN KITA!    

ZALIHA

 

 

 

 

0 Comment(s) / Post Comment

Sunday, August 20th 2006

2:25 AM

PEMBUKA MINDA PENGLIPUR LARA...

  • Mood: Ceria
  • Kesihatan: Memuaskan

PEMBUKA MINDA PENGLIPUR LARA

Bertemu kita sekali lagi di Journal saya kali ini...  

Pertama sekali ingin saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada leaders SST - SPD Khairul Aza, SPD Zulkifli Hassan dan PD Ashree yang sudi datang dari jauh ke A Star Jumaat lepas untuk bersama-sama downlines di sini.  Walaupun kami berusaha untuk mengumpulkan ramai prospek tetapi yang hadir semuanya yang dah jadi ahli... Namun, semangat kental yang ditunjukkan, dan menerima semua itu sebagai sebahagian dari liku-liku perjuangan, memberikan kami semangat untuk terus berjaya.  Atas sokongan hebat yang tuan-tuan berikan itu, saya bagi pihak rakan-rakan yang lain di AS, mengucapkan SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH kepada anda bertiga ...... dan tidak lupa kepada CHE DIN yang telah mengaturkan perjumpaan tersebut.  Kita tak serik, kan? dan masih  hyper...

Anda yang budiman,

Kita ke topik baru...

Pengalaman menulis journal sebegini bukanlah satu benda baru bagi saya kerana di zaman bergelar 'pelajar' dulu juga menulis journal ini merupakan tugasan harian saya dan rakan-rakan sekuliah... Bezanya dulu tulisannya dalam bentuk manual dan sekarang ini secara virtual... Dulu dalam bahasa kedua, sekarang bahasa kedua dan bahasa ibunda.  Apa yang penting ideanya mestilah original, curahan minda dan rasa...

Bercakap tentang zaman berkuliah dulu, saya teringat kepada Pak Dahnial, salah seorang pensyarah Bahasa Inggeris kami yang berasal dari Indonesia.  Bukan apa... bila ramai rakan-rakan dalam SST  gemar ke Indonesia untuk mencari pasaran baru bagi produk SMART NACO terutamanya "the killer product - IgG-Plus...  maka perkara yang berkaitan orang Indon ini mencuri fokus saya untuk kali ini.

Pak Dahnial-lah yang memberi kami tugasan menulis journal setiap hari kuliah... dan beliau akan semak journal kami dan memberi komen-komen yang menarik (seperti yang rakan-rakan catatkan di ruangan sebelah tu... yang sememangnya memberikan saya semangat untuk terus "mengayat" (meminjam ungkapan kegemaran bloggers warga SST).

Pak Dahnial tu pun agak kurang sihat pada masa itu, ada satu penyakit yang dihidapi beliau yang agak sukar diubati tetapi orang Kedah kata "sakit boleh bawak".  Saya fikir kalaulah IgG-Plus dari Smart Naco ada pada masa itu (dah lama dah...), mungkin SUSU AJAIB ini dapat membantu Pak Danial mengurangkan komplikasi penyakit beliau...  

Satu hari Pak Dahnial bercerita kepada kami tentang sedikit perbezaan budaya antara masyarakat Indonesia dan Malaysia yang mana kesannya berlaku kepada beliau atau rakan-rakan seindonesia beliau...

Perbezaannya ialah dari segi makna perkataan "jemput".  Pak Dhanial pernah tidak dapat makan kenduri seorang rakan Malaysia kerana masalah "jemput".  Apa tidaknya... bagi kita, bila kita kata "Jemputlah ke rumah..." maknanya datanglah ke rumah kerana ada sedikit kenduri atau jamuan, untuk bertamu atau melihat 'orang baru'.  Orang yang dijemput itu akan datang sendiri ke rumah berkenaan...

Malangnya bagi Pak Dahnial..... fahamnya lain... Beliau dengan sabar menunggu orang yang menjemputnya ke rumah itu untuk betul-betul datang ke rumah beliau pada masa berkenaan dan membawa beliau (menjemput) ke rumah 'host' itu!  Ah! Masakan tidak faham... Tetapi itulah yang diceritakan... 

Itu sedikit ceritera tentang Indonesia di Malaysia.  Bagaimana dengan pengalaman rakan-rakan dari SST (Che Din and company) yang masih berada di Indonesia sekarang ini? Tentu ada perkara lucu dan menarik yang dialami di sana..

Bercakap tentang silap faham makna perkataan atau frasa kerana latarbelakang  budaya yang berbeza,  saya ada satu dua cerita yang rasa perlu saya kongsi sebagai ilmu sandaran kita...

Pernahkah anda berbahasa Inggeris dan ditanya soalan berbunyi begini:  "HOW DO YOU FIND (THE SCHOOL, THE PLACE, THE CAMPUS)?.  Maknanya: "Apa pandangan anda tentang... (setelah anda ke situ)".  Tentulah antara jawapan yang boleh anda beri lebih kurang berbunyi begini: "It's very clean and the pupils/people/ students are very friendly."

Nak tahu apa yang pernah dijawab oleh orang yang kurang arif tentang makna soalan itu?  Jawapannya begini: "Take bus number ...... and the bus will take you to ........  After the traffic lights....." Memang ada yang jawab begitu... Berhati-hatilah dengan bahasa orang...

Satu episod lagi lebih mengerikan.... seorang siswa universiti belajar Bahasa Inggeris seperti kata pepatah "Berburu di padang datar, dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.."

Dipelajarilah oleh siswa ini bahawa "paying one's last respect' itu maknanya "memberi penghormatan terakhir".  Fikir kawan kita ni, dalam apa keadaan pun tak apalah asalkan 'penghormatan terakhir". Maka pada hari akhir di hujung semester, sisiswa ini pun pergilah berjumpa dengan pensyarahnya yang ternyata bukan sebangsa dengan dia...

: "Yes, why are you here, and how can I help you?"

:  "Sir, I'm here to pay my last respect to you since today's the last day of  the  semester."

:  ???  

 BERHATI-HATILAH,  BUKAN SEKADAR DI JALAN RAYA... TAPI JUGA BILA BERBAHASA, TERUTAMANYA BAHASA YANG BUKAN BAHASA KITA... 

Begitulah...   Jumpa lagi di lain ketika....  

Ikhlas dari saya,

Zaliha

 

0 Comment(s) / Post Comment

Tuesday, August 15th 2006

1:40 AM

THE ART OF PUBLIC SPEAKING

  • Mood: Ceria Cruising

 

THE ART OF PUBLIC SPEAKING

HERE WE ARE AGAIN, DI SINI KITA BERSAMA LAGI...   

Please allow me to use our second language to communicate with you this morning...

What I would like to share with you here today is THE ART OF PUBLIC SPEAKING.  I happened to attend a half-a-day workshop on Public Speaking conducted by one of the former presidents of Toastmasters International, Mr Gavin Blakey from Australia. 

It's not difficult to speak in front of many other people. However you have to fulfill a few basic requirements:

1.   You must know your audience; the target group you are    speaking to

2.   You must do your homework  which is studying your literature and preparing for the speech.   Even a very good speaker has to prepare his speech and practise it so that it is delivered smoothly.

3.   You must have self- confidence. Self-confidence is built through two ways -understand your subject matter well; learn it inside out and have a good self-projection, dress to impress and be comfortable with what you wear (for offline conferences).

To the speakers in SST and the speakers-to-be, good luck!  But before you speak, I have other peices of advice for you...

Before you deliver your speech(es), you must make sure that you  fulfill three things: 

1.  TELL THEM   2.  TELL THEM    3.  TELL THEM      

ONE:  Tell them what you want to tell them (Introduction)

TWO:  Tell them what you are telling them (Body/ Content)

THREE: Tell them what you have told them (Conclusion)

    You speech must have this structure (just like your essays, if you write them) and all the three parts must be well organized.  Your purpose in delivering a speech is to drive home a message and to impress - to deliver a real speech that stays even when you have left!.  In order to do so you must make sure that you are well prepared.  Once you are prepared, your self-confidence comes naturally. This is because you have mastered your subject matter.

Now GOOD LUCK at SST conferences!

See you again soon!    

 

 

 

0 Comment(s) / Post Comment

Sunday, August 13th 2006

1:10 AM

PENGALAMAN BERSAMA IgG-Plus ...

  • Mood: Ceria

Selamat Bertemu Lagi...  

Hari ini merupakan hari minggu di kebanyakan negeri di Malaysia tetapi hari Ahad merupakan hari bekerja yang pertama bagi Kedah dan Kelantan... Mungkin ramai kawan-kawan lain sedang enak dibuai mimpi.... mimpikan IgG-Plus dan Puncak Kejayaan SST...

Saya pernah mengucapkan selamat malam kepada seorang sahabat selepas berbual tentang IgG-Plus dengan beliau.  Apa yang dibalasnya agak melucukan.... "Sweet Milky Dreams", katanya ... Comel jugak ucapan itu...

Petang semalam kami sekeluarga menghadiri kenduri arwah di rumah jiran.  Sempat juga saya menyebutkan tentang keindahan IgG-Plus ini dan sempat melayangkan 2 keping cd kepada dua orang jiran yang rupa-rupanya belum betul-betul kenal IgG-Plus walaupun sudah biasa mendengarnya.... InsyaAllah, saya bercadang membuat follow-up sebab kedua-duanya agak influential dalam vicinity kami...

Soalan mereka... Apa baiknya IgG-Plus ini?  Di samping cd dan flyers yang diberikan saya juga mengongsi pengalaman ahli keluarga saya dengan mereka:

Hubby:

Hubby yang allergic dengan antibiotik 'vectrim' .. (maaf jika ejaannya kurang tepat...) tersilap mengambil ubat lagi... Kali ini untuk sakit pinggang yang tiba-tiba datang.  Apa lagi... timbullah bakat-bakat 'blisters' - tanda2 melecur di belakang tangan dan lengannya.... Kalau dibiarkan dan hanya menunggu baik dengan ubat biasa, pastinya memeritkan dan mengambil masa yang lama...

Saya tidak teragak-agak memberikan hubby IgG-Plus kerana SUSU AJAIB ini mengandungi antibodi yang tinggi dan saya yakin tahap tinggi kolostrum yang ada dapat melawan bahan kimia yang sedang menyerang tubuh hubby.

Sebaik diketahui tentang masalah hubby, saya terus membancuh IgG-Plus dan memberi hubby minum... Dalam masa 2 hari hubby mengambil 4 sachet IgG-Plus..... Memang nampak kesan yang sangat positif...... seolah-olah satu pertarungan telah berlaku di dalam badan hubby.  Blisters yang keluar sedikit di belakang tangan hubby mulai kering dan hilang pada hari ketiga... Bakat2 melecur di tempat lain juga hilang begitu saja... Alhamdulillah, hubby bebas dari komplikasi tersebut.  Sekarang hubby begitu yakin dengan kehebatan IgG-Plus, dengan izin Allah, membantu menghalang penyakit.....

Aini Yusra:

Puteri bongsu kami ini demam selsema malam Jumaat lepas.  Hubby ke farmasi membeli ubat.  Aini diberikan ubat tetapi keesokannya suhu badannya tidak berkurangan.  Hubby bercadang membelikan antibiotik untuk puteri kami itu tetapi saya menghalang dan mencadangkan diberi IgG-Plus kerana saya tahu SUSU ini dapat meningkat antibodi dalam badan sikecil kami ini.

Dengan memasukkan setengah sachet IgG-Plus ke dalam milo minuman kegemarannya, untuk 2 kali, saya dapati badan puteri kami ini berpeluh dan dia kembali segar dan selsemanya hilang.  Selepas itu sikecil meminta sendiri supaya IgG-Plus dimasukkan ke dalam milonya....... 

"Kalau seorang kanak-kanak pun boleh menilai kehebatan dan keindahan IgG-Plus, apatah lagi orang dewasa." Saya bermonolog.

Sekarang saya merasa lebih bersemangat untuk memperkenalkan IgG-Plus kepada lebih ramai orang... pengalaman sendiri meyakinkan saya dengan keberkesanannya.....

Di sini dulu.... Perkongsian lain yang lebih menarik menanti anda selepas ini!    

6 Comment(s) / Post Comment

Saturday, August 12th 2006

1:31 AM

MENGAPA ANDA BERTEMU SAYA DI SINI....

SALAM PERKENALAN ....

Hari ini 11 Ogos 2006, walaupun masih ada 20 hari lagi untuk kita menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta ini, namun saya sudahpun merasai satu nikmat kemerdekaan - kemerdekaan minda dan jiwa.  Saya mempunyai perasaan sebegini atas hasil usaha saya yang bersungguh-sungguh untuk membuat penerokaan.

Penerokaan Pertama:  Saya mengambil inisiatif mengenali dengan lebih dekat SUSU IgG-Plus yang diperkenalkan kepada saya.  Dengan mengambilnya sendiri saya dapat  rasai satu kelainan dalam diri.  Tak hairanlah apabila IgG-Plus ini dikatakan SUSU AJAIB!        

Apakah kelainan yang dirasai?  

Dengan mengambil IgG-Plus saya rasa begitu cergas untuk melakukan pelbagai aktiviti di tempat kerja atau di rumah; malah saya semakin rajin untuk kembali bersukan secara aktif. 

Pengalaman yang menakjubkan

    Pada 3 Ogos lalu saya memandu kereta ke Kulim, Kedah untuk satu pertandingan 'petanq' antara daerah.  Pasukan saya menang dan dapat masuk ke pusingan seterusnya keesokan hari dan kami diminta menginap di Kulim.  Disebabkan ada satu tugasan yang perlu saya selesaikan untuk keesokan harinya, saya terpaksa pulang dan bermalam di rumah di Alor Star.  Tugasan yang dijangkakan mudah, rupa-rupanya mengambil masa semalaman saya untuk menyiapkannya dengan mengorbankan waktu rehat dan tidur saya.  Rasa bimbang juga apabila saya perlu memandu semula ke Kulim pada pagi 4 Ogos itu tanpa berpeluang berehat atau tidur pada malamnya... 

Pukul 5:45 pagi assignment saya siap! Pukul 6:30 pagi, selepas mengambil satu sachet IgG-Plus, saya memandu ke Kolej Mara Kulim sejauh 150 km.  Dengan kesedaran yang tinggi tentang  keselamatan pemanduan   , saya sampai ke destinasi dengan selamat, bermain untuk pasukan mulai pukul 8:00 pagi, mengalahkan dua pasukan lawan lain dan terpilih untuk masuk ke pusingan akhir pada petangnya... Persaingan sengit antara kedua-dua pasukan ini.... Pasukan saya berjaya menjadi Naib Johan Negeri!  Alhamdulillah.... saya merasa cergas, yakin dan bersemangat kerana Allah menemukan saya dengan IgG-Plus

2.  Perasaan ceria dan yakin diri yang semakin tinggi saya rasai kerana saya yakin (dengan izin Allah) SUSU IgG-Plus yang saya ambil ini dapat membantu meningkatkan daya tahan (imunisasi) badan dan kerana itu rasa kebimbangan tentang komplikasi penyakit dengan sendirinya menurun.

Atas beberapa sebab di atas....... dan ada lagi sebab-sebab lain.... maka anda bertemu saya dalam journal ini.... kerana saya merasa terpanggil untuk berkongsi 'keindahan' yang dihidangkan Allah melalui IgG-Plus... 

Kita jumpa lagi dalam journal seterusnya ...   

 

 

 

 

 

 

 

 

1 Comment(s) / Post Comment