Powered by Bravenet Bravenet Blog

Tag Board

criminales violo niños ajenos noches rivero chanona: Av. Ejército Nacional, Esq. Anillo periférico S/N.Col. Irrigación, Delegación Miguel Hidalgo, C.P. 11500.Teléfonos: (5) 6-26-59-03 y (5) 6-26-59-05
http://tramilnet.sedena.gob.mx/portal/quejas/quejas.php: http://tramilnet.sedena.gob.mx/portal/quejas/quejas.php
PELUANG INCOME: RAHSIA TEKNIK HEBAT MEMBUAT DUIT MENGGUNAKAN E-BAY MALAYSIA DIBONGKAR!!!!HOTT!!!
Paris Hilton picture video: HI!nice journal.
pamela anderson nude: Great work.Well done!
nursing scrubs: Hi I really enjoyed reading your blog
kate winslet : dynamic journal.keep it up
patio furniture: I greatly appreciate your journal.It is really nice.
2007 prom dress: hey!Great work!
cheap auto insurance quote: Amazing journal.I am greeeeeeeeatly impreeeeeesed.
britney spears picture: WOW! its a great journal.
Atkins diet : Your journal is astounding.Well keep it up.
jessica alba : HI! NICE JOURNAL.
Ashriee:: Kak Leha, lama tak dengar berita.
roslimh: 2 bulan..Kak...update kami rindukan nukilan hebat Kak Liha....
rizal: update kak
san: hai,terima kasih kerana membawa saya ke sini. : )
Zul Pendang: A'kum Apa khabar? Tentu masih ingat cerita Gajah ngan Rimau SPD Mat Zain tu kann - so begitulah hendaknya kita hingga ke PUNCAK KEJAYAAN.
Hana: Assalamualikum Kak Zaliha, Haan dapat merasakan sesuatu yg tidak dpt hana "ungkapkan..Begitu tertarik hana membaca coretan akak ni..Harapan hana pada akak dn juga pada semua..TERUSKAN PERJUANGAN MENCIPTA KEJAYAAN BERSAMA SN/SST..InsyaALLAH sama-sama kita menerajuinya
Zaliha: Terima kasih, PD Yazid. Alhamdulillah, Allah mengizinkan..
yazid: Alhamdulillah kak za.. hubby kak za dapat kebaikan dari susu igg plus ini..sumber imunisasi kurnian Ilahi..
Halim: http://myhalim.wordpress.com/video-testimonial
Halim: Salam niaga to Kak Zaliha...Tahniah diucapkan atas journal kak Ha..feel free to discover video testimonial at my blog.Jumpa kak Ha dipuncak kejayaan!
Zaliha: Terima kasih, PD Yazid. InsyaAllah akak akan ikut jejak kawan-kawan yang sedang mencipta kejayaan, termasuk Yazid. Terima kasih..
yazid: Assalammualaikum kak Za.. Tahniah kerana bersama SST.. coretan yg menarik... See u on top
Zaliha: Thanks, Mr Roslimh for the inspiring comment. Yes, let's try to keep the amber going.
roslimh: Assalamualaikum,What a wonderful thought and reminder to KEEP THE FIRE BURNING...bravo and I knew that you have a talent and charisma to be a strong LEADER....Keep it up and as you said Keep the fire BURNING by keeping the AMBER goin' THERE you are A GREAT LEADER in the making and have the fighting spirit like Joan of Arc for the french and YOU be the one for SST Team to fight till the end. Great...great....insyaAllah dengan semangat ini saya percaya Akak pasti BERJAYA....Fiuhhhh Memang HEBAT! w
Zaliha: Terima kasih, PD Fauzan. berkat semangat dan peransang dari kawan-kawan yang tak pernah padam selama inilah yang melahirkan blog ini... Terima kasih jua...
Fauzan: TAHNIAH...dah ada blog sendiri utk kongsikan pengalaman dgn rakan bisnes yg lain
Maqs: Thanks, Mr Sysalq. I really appreciate your comment which is very motivating. I'll keep on writing...
sysalq: Selamat Maju Jaya...dan saya dapati anda adalah seorang marketeer yang hebat dengan kebolehan prosa yang tinggi. Saya berkongsi kejayaan anda!
Zaliha: Terima kasih, En Zul. InsyaAllah dengan semangat yang sentiasa diperolehi daripada kawan2 semua... perjuangan ke puncak kejayaan akan diteruskan..
Zul: Taniah Pn Zaliha, atas lahir nya blog ini. Moga blog ini terus di hidupkan, dan warga SST serta orang ramai dapat manfaatnya.
jr: good site

Please type in the four characters shown in the black box.

Sunday, August 20th 2006

2:25 AM

PEMBUKA MINDA PENGLIPUR LARA...

  • Mood: Ceria
  • Kesihatan: Memuaskan

PEMBUKA MINDA PENGLIPUR LARA

Bertemu kita sekali lagi di Journal saya kali ini...  

Pertama sekali ingin saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada leaders SST - SPD Khairul Aza, SPD Zulkifli Hassan dan PD Ashree yang sudi datang dari jauh ke A Star Jumaat lepas untuk bersama-sama downlines di sini.  Walaupun kami berusaha untuk mengumpulkan ramai prospek tetapi yang hadir semuanya yang dah jadi ahli... Namun, semangat kental yang ditunjukkan, dan menerima semua itu sebagai sebahagian dari liku-liku perjuangan, memberikan kami semangat untuk terus berjaya.  Atas sokongan hebat yang tuan-tuan berikan itu, saya bagi pihak rakan-rakan yang lain di AS, mengucapkan SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH kepada anda bertiga ...... dan tidak lupa kepada CHE DIN yang telah mengaturkan perjumpaan tersebut.  Kita tak serik, kan? dan masih  hyper...

Anda yang budiman,

Kita ke topik baru...

Pengalaman menulis journal sebegini bukanlah satu benda baru bagi saya kerana di zaman bergelar 'pelajar' dulu juga menulis journal ini merupakan tugasan harian saya dan rakan-rakan sekuliah... Bezanya dulu tulisannya dalam bentuk manual dan sekarang ini secara virtual... Dulu dalam bahasa kedua, sekarang bahasa kedua dan bahasa ibunda.  Apa yang penting ideanya mestilah original, curahan minda dan rasa...

Bercakap tentang zaman berkuliah dulu, saya teringat kepada Pak Dahnial, salah seorang pensyarah Bahasa Inggeris kami yang berasal dari Indonesia.  Bukan apa... bila ramai rakan-rakan dalam SST  gemar ke Indonesia untuk mencari pasaran baru bagi produk SMART NACO terutamanya "the killer product - IgG-Plus...  maka perkara yang berkaitan orang Indon ini mencuri fokus saya untuk kali ini.

Pak Dahnial-lah yang memberi kami tugasan menulis journal setiap hari kuliah... dan beliau akan semak journal kami dan memberi komen-komen yang menarik (seperti yang rakan-rakan catatkan di ruangan sebelah tu... yang sememangnya memberikan saya semangat untuk terus "mengayat" (meminjam ungkapan kegemaran bloggers warga SST).

Pak Dahnial tu pun agak kurang sihat pada masa itu, ada satu penyakit yang dihidapi beliau yang agak sukar diubati tetapi orang Kedah kata "sakit boleh bawak".  Saya fikir kalaulah IgG-Plus dari Smart Naco ada pada masa itu (dah lama dah...), mungkin SUSU AJAIB ini dapat membantu Pak Danial mengurangkan komplikasi penyakit beliau...  

Satu hari Pak Dahnial bercerita kepada kami tentang sedikit perbezaan budaya antara masyarakat Indonesia dan Malaysia yang mana kesannya berlaku kepada beliau atau rakan-rakan seindonesia beliau...

Perbezaannya ialah dari segi makna perkataan "jemput".  Pak Dhanial pernah tidak dapat makan kenduri seorang rakan Malaysia kerana masalah "jemput".  Apa tidaknya... bagi kita, bila kita kata "Jemputlah ke rumah..." maknanya datanglah ke rumah kerana ada sedikit kenduri atau jamuan, untuk bertamu atau melihat 'orang baru'.  Orang yang dijemput itu akan datang sendiri ke rumah berkenaan...

Malangnya bagi Pak Dahnial..... fahamnya lain... Beliau dengan sabar menunggu orang yang menjemputnya ke rumah itu untuk betul-betul datang ke rumah beliau pada masa berkenaan dan membawa beliau (menjemput) ke rumah 'host' itu!  Ah! Masakan tidak faham... Tetapi itulah yang diceritakan... 

Itu sedikit ceritera tentang Indonesia di Malaysia.  Bagaimana dengan pengalaman rakan-rakan dari SST (Che Din and company) yang masih berada di Indonesia sekarang ini? Tentu ada perkara lucu dan menarik yang dialami di sana..

Bercakap tentang silap faham makna perkataan atau frasa kerana latarbelakang  budaya yang berbeza,  saya ada satu dua cerita yang rasa perlu saya kongsi sebagai ilmu sandaran kita...

Pernahkah anda berbahasa Inggeris dan ditanya soalan berbunyi begini:  "HOW DO YOU FIND (THE SCHOOL, THE PLACE, THE CAMPUS)?.  Maknanya: "Apa pandangan anda tentang... (setelah anda ke situ)".  Tentulah antara jawapan yang boleh anda beri lebih kurang berbunyi begini: "It's very clean and the pupils/people/ students are very friendly."

Nak tahu apa yang pernah dijawab oleh orang yang kurang arif tentang makna soalan itu?  Jawapannya begini: "Take bus number ...... and the bus will take you to ........  After the traffic lights....." Memang ada yang jawab begitu... Berhati-hatilah dengan bahasa orang...

Satu episod lagi lebih mengerikan.... seorang siswa universiti belajar Bahasa Inggeris seperti kata pepatah "Berburu di padang datar, dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.."

Dipelajarilah oleh siswa ini bahawa "paying one's last respect' itu maknanya "memberi penghormatan terakhir".  Fikir kawan kita ni, dalam apa keadaan pun tak apalah asalkan 'penghormatan terakhir". Maka pada hari akhir di hujung semester, sisiswa ini pun pergilah berjumpa dengan pensyarahnya yang ternyata bukan sebangsa dengan dia...

: "Yes, why are you here, and how can I help you?"

:  "Sir, I'm here to pay my last respect to you since today's the last day of  the  semester."

:  ???  

 BERHATI-HATILAH,  BUKAN SEKADAR DI JALAN RAYA... TAPI JUGA BILA BERBAHASA, TERUTAMANYA BAHASA YANG BUKAN BAHASA KITA... 

Begitulah...   Jumpa lagi di lain ketika....  

Ikhlas dari saya,

Zaliha

 

0 Comment(s).

There are no comments to this entry.

Post New Comment

 BraveJournal Member Non-Member
No Smilies More Smilies »
Please type the letters you see