Check out our brand new guestbook, photo album and resource articles!
DENGAN IZIN ALLAH LIHATLAH KESAN TERBARU IgG-Plus!!!
JIKA ANDA BELUM MENCUBA, JANGAN BERTANGGUH LAGI KERANA IgG-Plus MEMANG AJAIB...
Hi, All...
Assalamualaikum

Salam MERDEKA! daripada saya untuk coretan kali ini. Jam menunjukkan pukul 6:45 petang. Hari ini Hari Jadi Bumi Malaysia tercinta yang ke 49. "Keranamu Malaysia" - tema yang terus kita pakai untuk sambutan kemerdekaan Negara kali ini.
Adakah anda benar-benar merasai kemerdekaan peribadi selama ini? Pernahkah anda bertanya apakah bentuk kemerdekaan peribadi yang benar-benar bermakna bagi diri anda? Kalau jawapannya masih anda curiga, sekarang, tepuk dada tanyalah minda!
Bagaimana dengan tahap KESIHATAN anda setakat ini? Pernahkah anda lalui sangat-sangat getir lagi mencemaskan apabila diri atau ahli keluarga anda jatuh sakit? Merdekakah perasaan anda di masa itu? MERDEKAKAH JIWA DAN PERIBADI ANDA JIKA SEKARANG ANDA ATAU MANA-MANA AHLI KELUARGA ANDA MENGHIDAPI PENYAKIT?
Bacalah perjalanan kehidupan keluarga saya bersama IgG-Plus SUSU AJAIB LAGI MENAKJUBKAN sekali lagi...
SUSU IgG-Plus MEMBANTU MENYINGKIRKAN BENDASING DI DALAM BADAN:
2 Februari 2006, Hubby menjalani satu pembedahan membuang hempedu kerana penyakit karang kronik yang dikesan pada Disember 2005. Siapa yang menghidapi penyakit ini sememangnya maklum darjah kesakitan yang ditanggung. Seorang pakar terkenal di Hospital Alor Star yang merawat Hubby berjaya menngeluarkan PUNDI HEMPEDU yang berisi padat dengan butiran-butiran hitam lembut bersaiz biji kopi yang ditumbuk kasar hasil mendapan kolestrol dan toksin lain dalam badan Hubby. Kata doktor, berlaku sedikit "spillage" semasa pundi hempedu tersebut ditarik keluar, maklumlah proses pembedahan secara laser atau scope itu tidak memerlukan torehan yang besar. Dan kata doktor semuanya selamat dikeluarkan. Hubby "sembuh penuh" dalam masa dua bulan...
Pertengahan Julai 2006 saya memberi Hubby NACO IgG-Plus selepas mengenali SUSU AJAIB ini. Selepas sebulan mengambil IgG-Plus, Hubby mengadu terasa sakit di bekas luka pembedahan dulu. Saya merasa hairan, sepatutnya Hubby menjadi semakin sihat kerana tahap antibodi badan yang bertambah kerana pengambilan IgG-Plus, tetapi Hubby mengadu sakit. "Tak pa, terus ja minum susu tu," kata saya untuk menenangkan kebimbangan hati Hubby dan selebihnya kerisauan hati sendiri..
Hubby semakin tidak sabar kerana rasa sakit yang bertambah. 28 Ogos Hubby berjumpa doktor dan diberikan antibiotik penicilin. IgG-Plus terus diambil Hubby. Kawasan parut luka Hubby bengkak, semakin merah dan mula mengumpul sedikit nanah...
Saya menjadi hairan kenapa IgG-Plus yang berkolostrum tinggi ini tidak membantu Hubby kali ini sedangkan SUSU AJAIB ini kelihatan bertarung dengan bahan kimia yang terdapat dalam antibiotik yang tersalah ambil oleh Hubby sebelum ini. (sila baca Coretan yang lalu....)
Rupa-rupanya persoalan saya terjawab jua... Hari ini, 31 OGOS 2006 adalah hari MERDEKA bagi kerisauan saya dan Hubby...
Awal pagi tadi saya memeriksa luka Hubby dan saya rasa terperanjat... Terdapat sedikit lelehan nanah di situ dan di bawah kulit bersama nanah kelihatan 4 butiran hitam bersaiz biji kopi yang ditumbuk kasar! Apabila diteliti, rupa-rupanya itu adalah saki-baki 'spillage' karang dari pembedahan dulu yang tidak habis dikeluarkan oleh doktor! Saya takjub dengan apa yang Allah sajikan....
Saya mencuci luka Hubby dan meletakkan antiseptik... Saya juga membancuh sebungkus IgG-Plus untuk Hubby. Saya yakin, dengan izin Allah, IgG-Plus yang diamalkan Hubby selama ini telah membantu mengeluarkan saki baki batu karang yang tertinggal dalam badan Hubby hasil pembedahan dulu... Rupa-rupanya rasa sakit dan bernanah itu adalah satu cara penyingkiran bendasing yang tidak diperlukan badan... KITA PERLU MERASAI SAKITNYA DAHULU (seperti biasalah) SEBELUM IgG-Plus DAPAT MEMBINA TERITORInya di dalam badan...
Untuk itu saya merasa amat terpanggil untuk mengajak anda supaya bersabar dalam mengamalkan IgG-Plus dari SMART NACO sekiranya anda sedia mengambilnya tetapi SEKIRANYA BELUM ... JANGAN BERLENGAH UNTUK MENDAPATKAN BEKALAN SUSU AJAIB INI.... BAGI MEMBANTU MERINGANKAN KOMPLIKASI PELBAGAI PENYAKIT... ATAU UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN BADAN...
Salam Merdeka daripada Saya...
Berjumpa di lain bicara

Zaliha
maqs89@yahoo.com, www.zaliha.myniaga.net